Thursday, 23 June 2011

#7-->mari jaga rambut kita

Penjagaan rambut yang betul…

Kecantikan rambut merupakan sebahagian daripada kecantikan diri seseorang. Oleh itu, rawatan rambut sama pentingnya dengan rawatan muka kerana rambut yang tidak sihat menyebabkan keyakinan diri seseorang menurun.
Apabila anda mempunyai rambut yang sihat, lebat dan berkilau, disertakan dengan penggayaan rambut yang betul, ianya dapat menonjolkan kejelitaan anda.

Terdapat tiga jenis rambut yang memerlukan penjagaan yang berbeza untuk setiap satunya.

Rambut berminyak
Rambut  jenis ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan lalu menghasilkan minyak lebih daripada yang diperlukan. Ianya menyebabkan rambut kelihatan berminyak, basah dan melekit. Rambut juga mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut.
Dari sudut penghiasan rambut, selalunya ianya tidak bertahan lama kerana strukturnya cepat berubah. Cara merawatnya adalah melalui penjagaan rambut yang rapi dengan cara mencuci rambut dengan lebih kerap.

Rambut normal
Rambut jenis ini mempunya kelenjar minyak yang menghasilkan minyak dengan cukup. Rambut jenis ini tidak cepat kotor dan mengembang.
Untuk rawatan, rambut ini lebih senang diurus. Cucilah rambut dengan menggunakan syampu dan pelembap untuk mengekalkan kelembapan rambut.

Rambut kering
Rambut jenis ini mempunyai kelenjar yang kurang aktif dalam penghasilan minyak. Ianya menyebabkan rambut kelihatan suram, mengembang, kering dan mudah rosak. Rambut juga mudah kusut dan hujung rambut mudah pecah apabila disikat. Ini  biasa berlaku apabila rambut selalu diikat dengan kuat.
Selain itu, ianya juga disebabkan kekerapan menggunakan syampoo dan pengering rambut.




Masalah rambut

Setiap orang pernah melalui pengalaman rambut berkelemumur dan keguguran rambut dan ianya sering menghantui kehidupan seseorang.  Namun, ramai yang tidak memahami punca kepada masalah ini.
Kelemumur terjadi kepada kulit kepala yang mati, kering dan bersisik. Kelemumur terjadi kepada semua jenis rambut yang mana ianya bukan sejenis penyakit tetapi merupakan satu proses fisiologi yang biasa berlaku.
Secara umumnya, kelemumur selalu berlaku ketika remaja dan semakin berkurangan apabila menginjak dewasa dan tiada ketika tua.


Bagi masalah keguguran rambut, ianya mungkin disebabkan faktor perubahan hormon atau kesan daripada penggunaan produk yang tidak sesuai. Keguguran rambut biasanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, perubahan hormon dalam badan, serangan kulat atau bakteria, penggunaan syampu yang tidak sesuai, pengambilan diet yang tidak seimbang, kesan sampingan rawatan kemoterapi untuk pesakit barah dan amalan mewarna, melurus atau kerinting rambut.
Keguguran rambut yang serius biasa berlaku kepada wanita selepas bersalin namun ianya tidak kekal dan akan berubah. Jadi, anda tidak perlu risau...



Penjagaan rambut
-->jangan terlalu kerap mewarnakan rambut dan jika mewarnakan rambut, pastikan pewarna tidak terkena pada akar rambut kerana ianya boleh merosakkan struktur rambut
-->setiap kali mencuci rambut, pastikan ianya benar-benar bersih kerana bilasan yang tidak bersih boleh menyebabkan kelemumur
-->urut kulit kepala ketika bersyampu untuk melancarkan peredaran darah dan menyihatkan akar rambut
-->gunakan pelembap rambut selepas mencuci rambut untuk membantu memelihara kelembapan rambut
-->menyikat rambut ketika basah boleh menyebabkan kelembapan rambut hilang dan rambut mudah menjadi kering.
-->elakkan rambut daripada terlalu terdedah kepada sinaran matahari kerana ianya boleh merosakkan tekstur rambut
-->makan makanan yang berkhasiat, banyakkan bersenam dan elakkan merokok serta minuman yang beralkohol.

sumber:metro

selain menjaga kecantika dalaman, kecantikan luaran juga penting!

No comments: