Showing posts with label makanan seimbang. Show all posts
Showing posts with label makanan seimbang. Show all posts

Wednesday, 15 June 2011

#6-->basic tips rambut menawan…

Basic tips rambut menawan…

Rahsia rambut menawan sebanarnya bermula daripada proses membasuh dan mengeringkan rambut serta pemakanan yang seimbang, menepati piramid gizi makanan.

Wash and dry your hair carefully to prevent tangles and damage.
If you wash and dry your hair vigorously with towel, you’ll damage your hair.
 Sewaktu membasuh rambut anda, gunakan hujung jari anda to gently rub your scalp. Remember not to scrub! To dry your hair, try to squeeze dry it with towel.
Make sure, you are using suitable shampoo according to your hair type…
For more information, tanyalah pakar rambut anda!

Elakkan penggunaan syampu setiap hari, cukup sekadar 2 atau 3 hari sekali demi mengekalkan kelembapan rambut anda.
Minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit kepala penting untuk memelihara kelembapan dan mengelakkan rambut menjadi kusut.

sumber: google

Make sure you are using brushes which are appropriate for your hair type and your hair length. 
The usage of brushes with rounded ends can help to prevent hair damage.
Brush your hair gently and when necessary only.

Untuk menjaga keanggunan rambut anda, trimmed them appropriately depending on the length and style.
If you wear your hair short, have the style refreshed every 3-4 weeks,
and if you are growing your hair longer, have it trimmed every 6-8 weeks in order to remove split ends.

sumber: google

Important!!!
Make sure to eat enough protein. Since the hair shaft is composed of a protein called keratin, thus a low protein diet may cause for brittle hair.
You need at least two to three daily servings of protein for manageable and healthy hair.
Mungkin anda boleh consume beans product, soy beans and others…

It is the time to delight ourselves

Thursday, 9 June 2011

#2-->masa untuk cantik!

Masa untuk cantik!

Ramai wanita sekarang ni seolah-olah mengabaikan basic steps untuk kelihatan cantik. Memanglah banyak produk kecantikan dipasaran sekarang tetapi andaikata tekstur kulit dan peredaran darah kurang sempurna, macam mana produk-produk kecantikan yang dipakai boleh meresap masuk ke dalam kulit kan? Apa-apa pun kecantikan sebenarnya bermula daripada bagaimana kita menyusun atur hidup kita dan juga faktor-faktor sekeliling.

Mungkin 5 cara dibawah boleh menjadi titik permulaan untuk anda membina kecantikan dari dalam.

1# minum banyak air…
Minum dan minum dan minum tetapi bukan air yang berkarbonat atau berperisa. Sebaliknya banyakkan meminum air putih atau air mineral setiap hari. Ianya bertujuan untuk membantu proses nyah toksin oleh badan dan juga untuk melancarkan peredaran darah. Selain itu, air putih juga dapat membantu menjaga kesihatan kulit muka dan juga melaraskan suhu dalaman badan. Atas sebab itu, anda digalakkan untuk minum banyak air putih ketika anda demam. Senang bukan?



2# beri ruang kepada kulit anda…
Pada waktu-waktu tertentu, anda tidak perlu untuk mencalit segala jenis produk kecantikan ke muka anda. Biarkan kulit muka anda bernafas seperti mana anda juga inginkan ruang untuk bernafas, cuci segala jenis makeup dimuka anda sebelum masuk tidur. Lagi satu, banyakkan bersenam kerana ianya baik untuk kesihatan jasmani dan juga rohani! Jangan pakai makeup ketika jogging ok! Bagi ruang kulit menghirup udara segar sikit~

3# elakkan stress dan ceria-ceria selalu…
Stress boleh mempercepat proses penuaan. Ianya boleh menambah bilangan kedutan dimuka anda. Jangan biarkan anda tua sebelum masanya ok! Bila anda stress, dengarlah muzik yang tenang ataupun tenangkan diri anda dengan melakukan pekerjaan yang anda suka. Selalu senyum dan yakin dengan diri anda. Ini akan membuatkan anda lagi nampak berseri-seri dan cantik.

4# tidur yang cukup
Jangan asyik berjaga diwaktu malam. Waktu malam sememangnya dikhaskan untuk tidur dan nikmatilah tidur anda seoptimum mungkin. Bila bangun keesokannya, anda akan kelihatan lebih segar dan berseri-seri. Apabila anda tidak cukup tidur, ini boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua deripada usia sebenar dengan hadirnya lingkaran hitam disekeliling mata anda. Kan dah tak cantik…


5# makan yang cukup tapi tidak berlebihan
Jangan disebabkan anda mahu kurus, maka anda mengabaikan rutin makan anda. Cara yang paling baik ialah, makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Itukan pesanan Nabi kita! Makanan akan memberikan anda tenaga yang diperlukan oleh badan anda tetapi awas dengan apa yang anda makan. Pastikan anda tahu tentang makanan anda. Pastikan ianya menu yang sihat yang menepati gizi makanan. Jauhi junk food dan fast food…



6# bonus!
Luangkan masa untuk memanjakan diri anda seperti melakukan rawatan muka atau nikmati sahaja mandi buih atau ais dirumah. Anda juga boleh mencuba mandai bunga…untuk entri bunga, nantikan entri akan datang!