Thursday, 23 June 2011

#7-->mari jaga rambut kita

Penjagaan rambut yang betul…

Kecantikan rambut merupakan sebahagian daripada kecantikan diri seseorang. Oleh itu, rawatan rambut sama pentingnya dengan rawatan muka kerana rambut yang tidak sihat menyebabkan keyakinan diri seseorang menurun.
Apabila anda mempunyai rambut yang sihat, lebat dan berkilau, disertakan dengan penggayaan rambut yang betul, ianya dapat menonjolkan kejelitaan anda.

Terdapat tiga jenis rambut yang memerlukan penjagaan yang berbeza untuk setiap satunya.

Rambut berminyak
Rambut  jenis ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan lalu menghasilkan minyak lebih daripada yang diperlukan. Ianya menyebabkan rambut kelihatan berminyak, basah dan melekit. Rambut juga mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut.
Dari sudut penghiasan rambut, selalunya ianya tidak bertahan lama kerana strukturnya cepat berubah. Cara merawatnya adalah melalui penjagaan rambut yang rapi dengan cara mencuci rambut dengan lebih kerap.

Rambut normal
Rambut jenis ini mempunya kelenjar minyak yang menghasilkan minyak dengan cukup. Rambut jenis ini tidak cepat kotor dan mengembang.
Untuk rawatan, rambut ini lebih senang diurus. Cucilah rambut dengan menggunakan syampu dan pelembap untuk mengekalkan kelembapan rambut.

Rambut kering
Rambut jenis ini mempunyai kelenjar yang kurang aktif dalam penghasilan minyak. Ianya menyebabkan rambut kelihatan suram, mengembang, kering dan mudah rosak. Rambut juga mudah kusut dan hujung rambut mudah pecah apabila disikat. Ini  biasa berlaku apabila rambut selalu diikat dengan kuat.
Selain itu, ianya juga disebabkan kekerapan menggunakan syampoo dan pengering rambut.




Masalah rambut

Setiap orang pernah melalui pengalaman rambut berkelemumur dan keguguran rambut dan ianya sering menghantui kehidupan seseorang.  Namun, ramai yang tidak memahami punca kepada masalah ini.
Kelemumur terjadi kepada kulit kepala yang mati, kering dan bersisik. Kelemumur terjadi kepada semua jenis rambut yang mana ianya bukan sejenis penyakit tetapi merupakan satu proses fisiologi yang biasa berlaku.
Secara umumnya, kelemumur selalu berlaku ketika remaja dan semakin berkurangan apabila menginjak dewasa dan tiada ketika tua.


Bagi masalah keguguran rambut, ianya mungkin disebabkan faktor perubahan hormon atau kesan daripada penggunaan produk yang tidak sesuai. Keguguran rambut biasanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, perubahan hormon dalam badan, serangan kulat atau bakteria, penggunaan syampu yang tidak sesuai, pengambilan diet yang tidak seimbang, kesan sampingan rawatan kemoterapi untuk pesakit barah dan amalan mewarna, melurus atau kerinting rambut.
Keguguran rambut yang serius biasa berlaku kepada wanita selepas bersalin namun ianya tidak kekal dan akan berubah. Jadi, anda tidak perlu risau...



Penjagaan rambut
-->jangan terlalu kerap mewarnakan rambut dan jika mewarnakan rambut, pastikan pewarna tidak terkena pada akar rambut kerana ianya boleh merosakkan struktur rambut
-->setiap kali mencuci rambut, pastikan ianya benar-benar bersih kerana bilasan yang tidak bersih boleh menyebabkan kelemumur
-->urut kulit kepala ketika bersyampu untuk melancarkan peredaran darah dan menyihatkan akar rambut
-->gunakan pelembap rambut selepas mencuci rambut untuk membantu memelihara kelembapan rambut
-->menyikat rambut ketika basah boleh menyebabkan kelembapan rambut hilang dan rambut mudah menjadi kering.
-->elakkan rambut daripada terlalu terdedah kepada sinaran matahari kerana ianya boleh merosakkan tekstur rambut
-->makan makanan yang berkhasiat, banyakkan bersenam dan elakkan merokok serta minuman yang beralkohol.

sumber:metro

selain menjaga kecantika dalaman, kecantikan luaran juga penting!

Wednesday, 15 June 2011

#6-->basic tips rambut menawan…

Basic tips rambut menawan…

Rahsia rambut menawan sebanarnya bermula daripada proses membasuh dan mengeringkan rambut serta pemakanan yang seimbang, menepati piramid gizi makanan.

Wash and dry your hair carefully to prevent tangles and damage.
If you wash and dry your hair vigorously with towel, you’ll damage your hair.
 Sewaktu membasuh rambut anda, gunakan hujung jari anda to gently rub your scalp. Remember not to scrub! To dry your hair, try to squeeze dry it with towel.
Make sure, you are using suitable shampoo according to your hair type…
For more information, tanyalah pakar rambut anda!

Elakkan penggunaan syampu setiap hari, cukup sekadar 2 atau 3 hari sekali demi mengekalkan kelembapan rambut anda.
Minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit kepala penting untuk memelihara kelembapan dan mengelakkan rambut menjadi kusut.

sumber: google

Make sure you are using brushes which are appropriate for your hair type and your hair length. 
The usage of brushes with rounded ends can help to prevent hair damage.
Brush your hair gently and when necessary only.

Untuk menjaga keanggunan rambut anda, trimmed them appropriately depending on the length and style.
If you wear your hair short, have the style refreshed every 3-4 weeks,
and if you are growing your hair longer, have it trimmed every 6-8 weeks in order to remove split ends.

sumber: google

Important!!!
Make sure to eat enough protein. Since the hair shaft is composed of a protein called keratin, thus a low protein diet may cause for brittle hair.
You need at least two to three daily servings of protein for manageable and healthy hair.
Mungkin anda boleh consume beans product, soy beans and others…

It is the time to delight ourselves

Tuesday, 14 June 2011

#5-->jom bersenam part 2

continues from last part~

Tips!!!


It’s better for you untuk naik tangga daripada menggunakan lif dan daripada anda menggunakan handphone dan membazir kredit menelefon your buddy, lebih baik anda berjumpa dengannya terus. Makin erat hubungan anda bukan…sambil melakukan sedikit senaman

Do sustained exercise! By running, cycling, swimming and walking, your heart rate will increase and ianya juga boleh menguatkan your heart and lungs. You also will breathe deeper and thus get more oxygen into your bloodstream. Jadi tak salah kalau saya katakan yang orang yang banyak bersenam mempunyai tahap keupayaan fokus yang tinggi!

Hear to music while you are exercising. Ianya mampu membuatkan anda lebih relax dan mengelakkan anda kebosanan. Dengan itu mungkin anda dapat berlari dengan lebih jauh..
I’ve tried this~

Berhenti apabila anda merasakan sebarang kesakitan ketika melakukan aktiviti-aktiviti ini. Get your doctor sebelum anda memulakan sebarang aktiviti… ini untuk kebaikan anda juga…

Pakaian anda mestilah sesuai iaitu longgar dan selesa. Anda juga harus memilih untuk menggunakan kasut yang sesuai dengan aktiviti yang anda ingin lakukan.
Pakai kasut yang berlapik dan selesa, dan juga bersarung kaki untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada kaki.

Jika anda menghidap penyakit diabetis, anda disarankan untuk membawa manisan atau gula-gula. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hypoglycemia which is paras glukosa yang rendah dalam darah.


Bonus!!!

In order to tighten your abdominal muscles, you should:
1--> stand or sit dalam posisi yang tegak and hold your stomach as much as posible
2--> during the day, you can do this exercise… when you exhale, pull your stomach in, pushing the air out. Pull tightly and quickly, and let it out naturally when you inhale. By pulling the stomach tightly, ia membantu to push the air out of your lungs.


Lets burn the fats!

Saturday, 11 June 2011

#4-->jom bersenam part 1

Jom bersenam sekarang!

Melalui regular aerobic exercise such as biking, walking or jogging, anda dapat meningkatkan kadar metabolisma badan and burn more calories.

How to loss weight?
Exercising a little every day is better than anda try untuk buat sehabis mampu tetapi tidak konsisten!
Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu apabila anda semakin cergas..

Overall fat loss memerlukan anda untuk membakar lemak lebih daripada kadar pengambilan lemak itu sendiri…
If at the end of the day, the numbers of calories you took in is less than the calories you have burned, then you’ll lose weight!
On the other hand, if you’ve eaten more calories than you burned off, you’ll gain weight.
So, you choose~

Kalau buat kerja rumah pun boleh membakar lemak!
Yes, it does!
Tetapi…
You have to know one fact,
The more active you are, the more calories you burn
Jadi, tidak perlu dibangkit isu mengapa kita perlu bersenam ok!

Bila anda ingin memulakan a new diet or a new exercise routine, do start it slowly.
Jangan tergopoh-gapah
Start a new thing in harsh will force your body and can make you tired easily and can harm your muscles and joints too!
Ingat! Orang tamak selalu rugi!
 
Tips!!!

Warm-ups is important! It helps tone the muscles, preparing it for the activity you wanna do.
After all, do your cool down before rushing to shower room.
Kalau x, memanng cramp menunggu anda di sana~

Aktiviti-aktiviti lain contohnya dancing, aerobic and sports bukan sahaja dapat tone your muscles and lose weight tetapi dapat memberi keseronokan kepada anda juga.
So, enjoy your exercise well!

Don’t forget to replenish your body fluid. Do drink plenty of water or natural fruit juice! Badan anda memerlukan gantian kepada loss fluid apabila anda melakukan sebarang senaman.
Help your body first, then your body will help you…
Jangan lupa, bantu membantu itu amalan mulia tau!

A good exercise should be done at least 3-5 time a week, for 15-30 minute for each.
 Eat less, so you won’t have to exercise that much.


To be continued…

Thursday, 9 June 2011

#3-->jerawat? eww~

jom tangkap dan musnahkan jerawat!

lets catch the pimples before it fully arrives on the surface of your skin…
dah sedia?
jom baca di bawah~

we can use ice cubes for this purpose!
ice cubes?
*ye! ice cube!

how?
take an ice cube, wrapped in saran wrap
and place it on the portion yang anda rasa jerawat dah mula nak tumbuh
hold it for a few minutes
but!!!
elakkan daripada prolonged holding sebabnya ia boleh mengakibatkan frostbite skin
nanti x pepasal je muka dah x cun lagi

frostbite skin!

boleh cuba buat 3 hari sekali..
err bukan…3 kali sehari

tapi ingat!
this technique hanya untuk newly forming pimples je…
so, it rarely useful for existing pimples…

have your pleasure time to try it…
good luck
get rid your pimples away!

#2-->masa untuk cantik!

Masa untuk cantik!

Ramai wanita sekarang ni seolah-olah mengabaikan basic steps untuk kelihatan cantik. Memanglah banyak produk kecantikan dipasaran sekarang tetapi andaikata tekstur kulit dan peredaran darah kurang sempurna, macam mana produk-produk kecantikan yang dipakai boleh meresap masuk ke dalam kulit kan? Apa-apa pun kecantikan sebenarnya bermula daripada bagaimana kita menyusun atur hidup kita dan juga faktor-faktor sekeliling.

Mungkin 5 cara dibawah boleh menjadi titik permulaan untuk anda membina kecantikan dari dalam.

1# minum banyak air…
Minum dan minum dan minum tetapi bukan air yang berkarbonat atau berperisa. Sebaliknya banyakkan meminum air putih atau air mineral setiap hari. Ianya bertujuan untuk membantu proses nyah toksin oleh badan dan juga untuk melancarkan peredaran darah. Selain itu, air putih juga dapat membantu menjaga kesihatan kulit muka dan juga melaraskan suhu dalaman badan. Atas sebab itu, anda digalakkan untuk minum banyak air putih ketika anda demam. Senang bukan?



2# beri ruang kepada kulit anda…
Pada waktu-waktu tertentu, anda tidak perlu untuk mencalit segala jenis produk kecantikan ke muka anda. Biarkan kulit muka anda bernafas seperti mana anda juga inginkan ruang untuk bernafas, cuci segala jenis makeup dimuka anda sebelum masuk tidur. Lagi satu, banyakkan bersenam kerana ianya baik untuk kesihatan jasmani dan juga rohani! Jangan pakai makeup ketika jogging ok! Bagi ruang kulit menghirup udara segar sikit~

3# elakkan stress dan ceria-ceria selalu…
Stress boleh mempercepat proses penuaan. Ianya boleh menambah bilangan kedutan dimuka anda. Jangan biarkan anda tua sebelum masanya ok! Bila anda stress, dengarlah muzik yang tenang ataupun tenangkan diri anda dengan melakukan pekerjaan yang anda suka. Selalu senyum dan yakin dengan diri anda. Ini akan membuatkan anda lagi nampak berseri-seri dan cantik.

4# tidur yang cukup
Jangan asyik berjaga diwaktu malam. Waktu malam sememangnya dikhaskan untuk tidur dan nikmatilah tidur anda seoptimum mungkin. Bila bangun keesokannya, anda akan kelihatan lebih segar dan berseri-seri. Apabila anda tidak cukup tidur, ini boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua deripada usia sebenar dengan hadirnya lingkaran hitam disekeliling mata anda. Kan dah tak cantik…


5# makan yang cukup tapi tidak berlebihan
Jangan disebabkan anda mahu kurus, maka anda mengabaikan rutin makan anda. Cara yang paling baik ialah, makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Itukan pesanan Nabi kita! Makanan akan memberikan anda tenaga yang diperlukan oleh badan anda tetapi awas dengan apa yang anda makan. Pastikan anda tahu tentang makanan anda. Pastikan ianya menu yang sihat yang menepati gizi makanan. Jauhi junk food dan fast food…



6# bonus!
Luangkan masa untuk memanjakan diri anda seperti melakukan rawatan muka atau nikmati sahaja mandi buih atau ais dirumah. Anda juga boleh mencuba mandai bunga…untuk entri bunga, nantikan entri akan datang!